Wednesday, February 24, 2010

Penutupan UPTOWN Rawang....

Dukacita dimaklumkan bahawa UPTOWN dengan resminya telah ditutup....Dengan penutupan ini bermakna berakhirlah sebuat episod UPTOWN Rawang dimana satu ketika dulu menempatkan begitu ramai peniaga bumiputera. Walaupun demikian pihak pengurusan telahpun berjaya menemui tapak baru bagi meneruskan kesinambungan UPTOWN di Rawang. Insyallah akan ujud juga satu lagi lokasi UPTOWN di kawasan Rawang bagi memenuhi serta membuka ruang untuk golongan peniaga terutama dari kaum bumiputera.
Nantikan kemunculannya...
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi no tel yang tertera di sebelah kanan blog....

Wednesday, December 30, 2009

Sambutan Tahun Baru Di Uptown Rawang

Kepada semua dan seluruh warga Malaysia tak kiralah anda berada dimana, Meh sama2 kita raikan kehadiaran tahun baru 2010 di UP Town Rawang. Pelbagai acara dan xtvt telah disediakan oleh pihak pengurusan untuk anda semua. Tak perlu bersesak sesak di pusat bandaraya Kuala Lumpur kerana sambutan di UPTOWN Rawang tak kurang hebatnya juga....
So apa tunggu lagi jom kira ramai2 lepak n layan lagu2 yang akan di perdendangkan oleh para2 peserta Finalist Karaoke Suka2 Rm5 UPTOWN Rawang..
Seramai 16 orang yang telah berjaya terpilih untuk berentap di malam tahun baru ini disamping persembahan dari pasukan kompang dan kumpulan kebudayaan yang didatangkan khas dari Bandar Sungai Buaya..
Disamping itu persembahan dari Yazid(Sejati) dan juga Penyanyi tak asing lagi dari UPTOWN Rawang iaitu Bond akan mempersembahkan lagu Fatwa Pujangga bagi menghiburkan anda semua. Oelah itu jangan lepaskan peluang bersama sama kami di UPTOWN Rawang bagi menyambut tahun baru serta menyaksikan persembahan dan pertunjukkan Bunga Api yang di tempah khas untuk sambutan malam tahun baru ini!!!
Datang jangan tak datang beb!!!

Atur Cara Majlis :

7.30pm - 8.00pm Solah Maghrib
8.00pm -8.30pm Pengesahan dari para peserta dan urusan cabutan undi
8.45pm Aturcara Bermula dengan persembahan dari Kumpulan Kompang dan
Persembahan Kebudayaan.
9.15pm Sessi Sound Check dengan sebuah dendangan Bond.Selepas selesai sessi
Sound check maka bermula sessi pertandingan Karaoke suka2 Rm5
UPTOWN Rawang...

Tuesday, December 29, 2009

Pasar Malam Di Uptown Rawang

Bila Sebut pasal Pasar Malam atau Night Market, mesti semua terbayang Nasi Ayam, Ayam Goreng, Yong Tau Foo, Nasi Berlauk, Sayur Sayuran, Barangan Dapur, Ikan, Sotong, Daging dan sebagainya. Pasar Malan ini lazimnya sesuai untuk golongan yang sibuk bekerja dan yang tiada masa untuk membeli belah di waktu pagi.
Ada juga yang datang untuk berjalan jalan bersama yang tersayang juga pasangan yang sedang hangat bercinta membeli belah barangan yang dijual.




Walaupun Pasar Malam Uptown Rawang baru di perkenakan akan tetapi sambutan dan juga permintaan dari para pelanggan amat mengalakkan sekali. Terima Kasih kami ucapkan kepada para peniaga yang sudi berniaga juga bersama sama menaikkan tapak Uptown Rawang ini menjadi tempat riadah untuk penduduk sekitar Rawang amnya.

Tuesday, December 22, 2009

Happy Birthday DJ Alie Rockers!!!!!


Selamat menyambut hari lahir DJ Alie Rockers..Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki!!!

Sunday, December 6, 2009

Jom berkaraoke di UPMARKET Rawang

Setelah penat bershopping di gerai2 yang disediakan, anda semua boleh berhibur dengan berkaraoke diatas pentas yang disediakan. Bayaran tak mahal cuma RM2.00 untuk satu lagu membolehkan anda semua menyanyi menghiburkan sahabat handai atau yang tersayang.













Dengan sistem bunyi yang memuaskan hati para pendengar dan juga tersedia skrin besar bagi membolehkan anda menyanyi dengan selesa serta pentas yang luas untuk anda menari.....












Ditambah pula DJ2 yang hebat serta sporting menghiburkan anda semua dengan lagu2 baru dan lama.....So jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi UPMARKET Rawang kerana disana"Macam-macam Ada!!!!!"

Thursday, December 3, 2009

Apa ada di UPMarket Rawang...!!!
















Macam2 ada di UPMarket Rawang....Bertempat di Kawasan lapang bersebelahan dengan MyDin Rawang.....
Kemudahan yang cukup dari segi Parking Kereta yang cukup luas serta kemudahan Tandas serta Surau bagi yang berugama Islam. Kedai makan yang menjual aneka makanan dan minuman dari yang sejuk sampailah yang panas....Yang goreng,yang bakar, yang berkuah semua ada di sini....
Bagi yang minat menyanyi dan juga berbakat dalam bidang nyanyian, di UPMarket Rawang menyediakan peralatan berkaraoke yang dapat memuaskan hati...Sambil makan dan minum bersama rakan-rakan juga yang tersayang, anda semua boleh menghiburkan hati rakan-rakan juga dapat mendendangkan lagu untuk yang tersayang tanpa perlu menempah bilik karaoke yang mahal kerana dengan hanya dikenakan bayaran sebanyak RM2.00 untuk setiap lagu yang didendangkan anda boleh menyanyi secara "LIVE".

Saturday, November 28, 2009

Kraftangan berasaskan kertas surat khabar dan juga rempah ratus


Kraftangan yang terdapat di Rawang UpMarket ini amat unik sekali dengan penggunaan barang yang boleh kita dapati disekeliling kita...Barang utamanya seperti Surat Khabar dan juga Rempah Ratus amat senang dan mudah kita dapati.
Perusahaan kraftangan ini yang diusahakan oleh sepasang suami isteri ini sedikit sebanyak dapat menjana ekonomi keluarga bahkan dapat mengisi masa lapang.Mereka juga menerima tempahan seperti frame gambar serta bakul telur untuk perkahwinan...